widgeo.net
TVGolo.com - Latest Goals

Friday, July 24, 2015

Selamat tinggal cinta.

Salam.
quick n simple.
aku cuma nak ucapkan selamat tinggal buat kali terakhir. 
Selamat tinggal.
Terima kasih.

Biar saja tanpa cinta sekali ini, biar saja nanti pun datang lagi.
Biar saja tanpa rindu sekali ini, biar saja sementara sendiri.

Friday, July 17, 2015

Hari Raya 2015

https://media.licdn.com/mpr/mpr/p/7/005/077/1a0/203280e.jpg

Assalamualaikum salam pembuka bicara. Apa khabar buat semua yang dah lama tak jumpa dah lama tak bersembang suka? Aku harap kalian semua sihat sentiasa dibawah payung rahmat-Nya. 
1 Syawal  1436-17 Julai 2015.
Entri khas aku update tentang raya. Jam 7.51 pagi Kajang, Selangor-Malaysia.
Aku tak balik kampung kai ni. Atas sebab nak selesaikan tugasan akhir aku sebagai seorang pelajar. Ada sikit lagi tugasan untuk dihantar.
Untuk kali ni aku belanja raya dengan ringkas dan cukup sederhana. 
-Pakai baju melayu arwah Abah
-Kopiah tahun 2009
-Kain pelikat aku beli semalam di Jalan Reko, Kajang jenama Gajah duduk dengan harga RM20 shj.
-Selipar tahun lalu.
-Baju baru berjalan aku tak ada
Kali ni keluarga aku beraya di Bangkok rumah saudara mara disana. Aku tak dapat ikut serta tapi aku doakan mereka aman dan bahagia.
Untuk kali ni juga aku tak ada terima mesej cinta raya dari sesapa. Hati masih kosong sejak ditinggalkan tahun 2012 yang lalu.
Cinta? Hmm. Entahlah. tak kukuh lagi ekonomi. Jadi tak payah aku fikir. 
oklah. 
Aku nak siap2 nak ke Masjid Jamek Kajang. 
Baju dan kain pelikat dah siap aku gosok lepas subuh tadi.
Lewat aku solat jam 7.05 pagi.
Selamat Hari Raya Aidilfitri aku ucapkan buat semua yang baca entri aku kali ni. Minta maaf zahir dan batin. Halalkan makan minum aku sepanjang kita kenal.
Tak ada apa cerita yang best dari aku. Hanya catatan untuk jadikan kenangan. 
Aku akan terus menulis disini lagi sebagai tempat aku luahkan perasaan dan teman aku dimasa aku kesunyian. Insyaallah. 
Wallahua'lam.

Thursday, January 29, 2015

Mimpi Ex-Gf

Salam. Untuk hari ni punya cerita. Bangun pagi. Kelam kabut. Terjaga dari lena yang panjang rupa2nya aku bermimpi. Mimpi yang tak pasti. Aku mimpikan ex gf aku. Kami dating. Dia keluarkan telefon baru. Katanya dia dah jual telefon pintar yang aku bagi. Sony Xperia V yang aku beli bulan 12 2013 yang lalu. Dia beli telefon baru jam baru dan purse baru. Kami minum. Kami makan. Dan aku mkmpi ni mungkin terlalu fikirkan dia. Hmm. Dari hari ke hari mungkin aku terlalu sayangkan dia. Mungkin terlalu cintakan n rindukan dia. Dia ada cerita sikit tentang hidup baru dia sebagai seorang jururawat di jabatan kerajaan. Tak diberitahu hospital atau klinik mana. Tapi dalam realitinya sekarang dia tak endahkan aku. Dia dah lupakan aku dan anggap aku tak wujud dari hidup dia lagi. Aku rasa. Sebab aku mesej dah tak balas tapi pasti delivered. Hmm. Mungkin suatu masa dia akan jumpa aku gak. Mungkin aku kerja baik bagus2. Berani juga aku ajak dia jumpa atau keluar.

Delete akaun Instagram

Assalamualaikum. Mungkin ada yang belum tidur sibuk menelaah buku ataupun siapkan kerja2 yang ditugaskan. Jadi malam ni atau hari ni saya nak cerita yang official hari ni last sy guna instagram. Tu ja la nak bagi tau huhu. Sebab takda benda best pun rasanya. Post like. Post like. Post like. Sama ja. Takmau dah kongsi apa2 kat situ. Nak diam2 saja n live my life the fullest huhu. Ok. So, today is my last day I'm using that kind of app and so long Instagram. :)

Wednesday, January 28, 2015

Selamat pagi 6.22 pagi.

Assalamualaikum. Setelah sekian lama tak berblogging. Sini juga akhirnya saya terjah. Apa khabar semua? Bagaimana kehidupan anda? Bertambah bagus atau bertambah selesa? Harap kesemuanya sihat dan dipermudahkan segala urusan. Amin. Saya tak pernah lupa tempat untuk saya meluahkan rasa yang terpendam dihati saya, apa yang bermain difikiran saya. Disinilah tempat segala2nya isi hati saya diluahkan.