widgeo.net
TVGolo.com - Latest Goals

Friday, July 17, 2015

Hari Raya 2015

https://media.licdn.com/mpr/mpr/p/7/005/077/1a0/203280e.jpg

Assalamualaikum salam pembuka bicara. Apa khabar buat semua yang dah lama tak jumpa dah lama tak bersembang suka? Aku harap kalian semua sihat sentiasa dibawah payung rahmat-Nya. 
1 Syawal  1436-17 Julai 2015.
Entri khas aku update tentang raya. Jam 7.51 pagi Kajang, Selangor-Malaysia.
Aku tak balik kampung kai ni. Atas sebab nak selesaikan tugasan akhir aku sebagai seorang pelajar. Ada sikit lagi tugasan untuk dihantar.
Untuk kali ni aku belanja raya dengan ringkas dan cukup sederhana. 
-Pakai baju melayu arwah Abah
-Kopiah tahun 2009
-Kain pelikat aku beli semalam di Jalan Reko, Kajang jenama Gajah duduk dengan harga RM20 shj.
-Selipar tahun lalu.
-Baju baru berjalan aku tak ada
Kali ni keluarga aku beraya di Bangkok rumah saudara mara disana. Aku tak dapat ikut serta tapi aku doakan mereka aman dan bahagia.
Untuk kali ni juga aku tak ada terima mesej cinta raya dari sesapa. Hati masih kosong sejak ditinggalkan tahun 2012 yang lalu.
Cinta? Hmm. Entahlah. tak kukuh lagi ekonomi. Jadi tak payah aku fikir. 
oklah. 
Aku nak siap2 nak ke Masjid Jamek Kajang. 
Baju dan kain pelikat dah siap aku gosok lepas subuh tadi.
Lewat aku solat jam 7.05 pagi.
Selamat Hari Raya Aidilfitri aku ucapkan buat semua yang baca entri aku kali ni. Minta maaf zahir dan batin. Halalkan makan minum aku sepanjang kita kenal.
Tak ada apa cerita yang best dari aku. Hanya catatan untuk jadikan kenangan. 
Aku akan terus menulis disini lagi sebagai tempat aku luahkan perasaan dan teman aku dimasa aku kesunyian. Insyaallah. 
Wallahua'lam.

No comments: